Sekretariat ADUN Kuala Sepetang telah berjaya menganjurkan Ceramah Krisis Perak-Pra Persidangan DUN Perak di Kampong Rahmat, Kamunting.kasih juga kepada team pengelola di Kampung Rahmat terutama ketua Kampung Rahmat En Yahya dan pemilik tapat acara Pusat Tahfiz Ibnu Sinar.
Semua penceramah yang diiklankan hadir dan memberi gambaran suasana Perak khasnya dan Malaysia amnya.
YB Tai Sing Ng ADUN tuan rumah Kuala Sepetang membuat perbandingan kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN).
Contoh paling dekat hanya berlaku sekitar 200 meter dari tapak ceramah iaitu di Kampung Kurnia Jaya. Kerajaan PR telah menganugerahkan hak minik tanah dengan pajakan selama-lamanya, tetapi kerajaan haram BN telah menukar status itu kepada TOL selama 10 tahun.
Di sini sahaja boleh dibuat perbandingan betapa ikhlasnya BN membantu rakyat sedangkan penerima anugerah di Kampung Kurnia Jaya kebanyakannya adalah dari golongan berpendapatan rendah melayu.
YB Khalil Idham Lim yang juga ADUN Titi Serong dalam ucapannya menerangkan bagaimana BN meyalahguna kakitangan kerajaan untuk kepentingan mereka. Beliau membuat perbandingan dengan kerajaan Indonesia yang memberi kebebasan kepada semua parti politik untuk menggunakan media elektronik milik kerejaan bagi tujuan kempen. Malah kerajaan juga memperuntukkan belanjawan kepada parti pembangkang.
BN juga mendakwa kita (ADUN_ADUN PR) akan menimbulkan hura-hara pada persidangan DUN pada 28 Okt, mereka pada awalnya telah melantik 15 orang pentara yang latar belakangnya amat meragukan dan berita terkini menurut YB Khalil jumlah bentara baru kini ditambah menjadi 30 orang. Beliau juga menerima SMS yang menakut-nakutkan ADUN PR dengan mendakwa beliau dan rakan-rakan akan sentiasa diawasi sehingga dari bumbung-bumbung bangunan.
Menjadi kesalahan kepada polis jika mereka terlibat dalam urusan dalam dewan, contoh yang paling terini adalah kejadian di Lobi parlimen dimana sekumpulan pemuda UMNO menyerang YB Gobind Singh Deo. YB Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia (Yang Dipertu Dewan) pada ketika itu menyatakan polis tiada kuasa untuk bertindak walaupun di lobi parlimen, apatah lagi di dalam dewan.
BN kini cuba mewajarkan apa yang dilakukan, Speaker lantikan BN Ganesen mendakwa YB Sivakumar mencuri jubah speaker, beliau menegaskan jubah itu tidak pernah dicuri dan jikapun Sivakumar tidak mengenakan jubah tersebut, beliau tetap juga speaker lain pula kepada Ganesen-pakailah sehingga 100 lapis jubah, beliau tetap speaker haram.
YB Abdul Yunus Jamhari yang juga ADUN Kuala Kurau yang juga Ketua Angkatan Muda Negeri Perak menegaskan BN tidak pernah letih mengulangi perbuatan menggunakan polis dan kerajaan tempatan dengan mengarahkan mereka membuat sekatan dan memberikan kepayahan untuk mengadakan program.
Pada 24hb Okt lalu pimpinan muda Keadilan, PAS dan DAP telah berjaya melancarkan Sekretariat Angkatan Muda Negeri Perak di Lumut. Tekanan yang diberikan oleh polis amat keras mungkin kerana Lumut adalah asalnya MB Perak melalui rampasan kuasa.
Di Air Tawar pula pada tarikh yang sama, Wanita Keadilan, PAS dan DAP mengadakan himpunan “One Black Perak”.
Pemuda dan Wanita PR akan terus memberi tekanan agar DUN Perak dibubarkan.
YB Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng lebih menumpukan salah guna kuasa BN di peringkat pusat dan kepincangan pada belanjawan 2010. menurut beliau ini adalah belanjawan tahun ke 13 berturut-turut dimana jumlah perbelanjaan negara melebihi pendapatannya dengan kata lain kerajaan di bawah BN berhutang untuk menguruskan negara, sekaligus meletakkan beban hutang itu kepada setiap rakyat, jumlah hutang kini yang ditanggung oleh rayat berumur satu hari dan masih hidup kini mencecah RM60,000.00.
Belanjawan berhutang ini dimulakan oleh BN senaik sahaja Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan.
YB Zainuddin Yusof ADUN Lubuk Merbau menginatkan setiap pengundi bahawa wakil rakyat yang dipilih adalah menjadi tanggungjawab pengundi itu sendiri untuk menjawab kepada generasi akan datang.
Beliau tidak merasa kecewa jika beliau kalah pada pilihanraya akan datang jika pengundi merasakan beliau gagal melaksanakan tanggungjawab. Walau bagaimanapun beliau kini tetap berusaha untuk memberikan kebaikan kepada rakyat Perak.
Isu perundangan negeri Perak juga disentuh, agak jangal apabila Najib meminta ADUN PR untuk mematuhi undang-undang sedangkan mereka sendiri melacurkannya.
Amat nyata pada peruntukan Perlembagaan Perak bahawa Nizar dan Sivakumar masih sah dalam jawatan hingga kini. BN telah melalukkan kesalahan dari mula dan untuk mewajarkan perbuatannya, mereka terus-menerus membohongi rakyat dan terus membelakangi undang-undang. Mereka adalah kerajaan yang tidak sah. Jika mereka meluluskan belanjawan Perak pada 28hb Okt ini, maka belanjawan itu juga adalah belanjawan yang tidak sah.






虽然内政部禁止政治演讲触及蒙古女郎案件,但是人民公正党助选团今日继续打“阿旦杜亚牌”,甚至在武吉干当为这名客死异乡的蒙古女郎举办清明公祭。不过他们全程没有提及候任首相纳吉,只是声称要提醒国人,一名魂断大马的?外国人至今还未讨回公道。
只有少过10名助选员参与公祭仪式,包括民联原任行政议员戴成银、其政治秘书刘德海、迪遮州议员郑立慷,以及积莪营选区协调员陈家兴。郑立慷强调,这并非一场宣传或拉票活动,因此该党没有劳师动众。
郑立慷指出,除了追思阿旦杜亚,更重要的是提醒国人,凶手至今仍逍遥法外,而且整个炸尸案的审讯不透明,疑点处处。
No comments:
Post a Comment