Terima kasih kepada yang hadir terutama Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Dr Mansor Osman dan rombongan dari Pulau Pinang, Barisan pimpinan Keadilan cabang-cabang seluruh Perak, Barisan pimpinan PAS Kawasan dan Barisan Pimpinan DAP serta semua yang hadir pada Majlis Jamuan Rakyat sempena Aidil Firti 1430H.
Dato Seri Nizar dalam ucapannya di Jamuan Rakyat sempena aidil Fitri Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang menyatakan kepimpinan utama UMNO jahat, zalim, kejam, pengkhianat, perkauman, pembohong dan gagal menyatu-padukan rakyat.
Kehadiran rakyat berbilang bangsa pada malam itu membuktikan masyarakat lebih mempercayai kepimpinan Pakatan Rakyat daripada momokan UMNO BN yang hanya pandai berkata retorik tetapi sebaliknya tidak mahu melihat masyarakat berbilang kaum di Malaysia bersatu padu. Sehingga kini UMNO BN masih berpolitik berasaskan kaum.
Harapan diberikan kepada rakyat Perak untuk Pakatan Rakyat kembali memerintah Perak berikutan ketakutan speker haram BN Datuk R Ganesan yang diimport dari hutan Sungkai untuk memanggil sidang dewan. Beliau sedar yang beliau adalah speker haram yang belumpun mengangkat sumpah.
Meyentuh Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang Nizar mendakwa "Isa Samad adalah bapa kepada rasuah". Penyokong Isa di Bagan Pinang begitu buta memberi sokongan kepada Isa dan mengugut memboikot pilihanraya jika Isa tidak dipilih sebagai calun. Sebenarnya Najib telah ada calon lain dan beliau terpaksa akur dengan ugutan penyokong Isa sekaligus menunjukkan kelemahan beliau sebagai seorang pimpinan tertinggi UMNO dan Perdana Menteri.
Manakala Wakil Rakyat DUN Kuala Sepetang En Tai Sing Ng dapam ucapannya menyentuh tentang keikhlasan BN dalam membantu rakyat yang menghadapi kesusahan.
katanya " tahun ini kita hanya mampu buat rumah terbuka kecil-kecilan, kerana hak dan harta serta kerajaan rakyat telah dirampas oleh UMNO dan BN. BN sekarang sudah pegang kerajaan Perak secara haram, suka sangat mereka nak jadi kerajaan, tetapi kerajaan yang tidak peduli tentang nasib rakyat.
Di sini saya ingin menyatakan sikit fakta, di mana berlakunya bencana alam seperti angin ribut yang kuat pada bulan Ogos lalu, dua rumah tangga di Matang telah mengalami penderitaan setelah bumbung rumah diterbangkan angin, kita sudah cuba beberapa cara untuk bantu mereka, sehingga mencari bantuan melalui pejabat menteri besar, tetapi malangnya mereka memandang ini sebagai isu politik dan bukannya penderitaan rakyat, maka sehingga hari ini, mangsa masih lagi menduduki rumah tanpa bumbung, walaupun dalam bulan Syawal yang mulia ini.
Beberapa kawasan dalam DUN Kuala Sepetang juga dilanda banjir semalam, kita juga tidak lihat keikhlasan BN dalam membantu kesemua mangsa banjir, maka rakyat sudah muak dengan BN yang hanya ingin memegang kuasa tapi tidak membantu rakyat.
Maka dengan mengambil kesempatan ini, marilah sama-sama kita memperkuatkan jalinan antara kita, sama-sama kita sekali lagi mengalahkan BN pada pilihanraya akan datang".





虽然内政部禁止政治演讲触及蒙古女郎案件,但是人民公正党助选团今日继续打“阿旦杜亚牌”,甚至在武吉干当为这名客死异乡的蒙古女郎举办清明公祭。不过他们全程没有提及候任首相纳吉,只是声称要提醒国人,一名魂断大马的?外国人至今还未讨回公道。
只有少过10名助选员参与公祭仪式,包括民联原任行政议员戴成银、其政治秘书刘德海、迪遮州议员郑立慷,以及积莪营选区协调员陈家兴。郑立慷强调,这并非一场宣传或拉票活动,因此该党没有劳师动众。
郑立慷指出,除了追思阿旦杜亚,更重要的是提醒国人,凶手至今仍逍遥法外,而且整个炸尸案的审讯不透明,疑点处处。
No comments:
Post a Comment