Monday 28 December 2009

Selamat Tahun Baru 2010

No comments:

KETUA-KETUA KAMPUNG DAN JKKK BERHIMPUN BERSAMA EXCO KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

otis penamatan khidmat Ketua-ketua Kampung yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah adalah tidak sah kerana bercanggah dengan peraturan-peraturan perlantikan Ketua-ketua kampung yang diguna pakai oleh kerajaan PR. Mereka dipilih melalui pilihanraya dan setelah dipilih dan diberi watikah perlantikan oleh Kerajaan Negeri

Notis penamatan khidmat Ketua-ketua Kampung yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah adalah tidak sah kerana bercanggah dengan peraturan-peraturan perlantikan Ketua-ketua kampung yang diguna pakai oleh kerajaan PR. Mereka dipilih melalui pilihanraya dan setelah dipilih dan diberi watikah perlantikan oleh Kerajaan Negeri

Ketua-ketua Kampung dan JKKK seluruh Perak berhimpun di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh, Taman Meru pagi tadi. Perhimpunan tersebut diadakan bagi menyatakan sikap dan pendirian Ketua-ketua Kampung ekoran daripada notis penamatan khidmat mereka sebagai Ketua Kampung dan pembubaran JKKK seluruh Perak yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah masing-masing.

Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin, YB Hj Zainuddin Yusuf, YB Nga Khor Ming, ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan pimpinan PR Negeri Perak.

Dalam perhimpunan tersebut YAB Dato’ Seri Hj Nizar telah menyampaikan ucapan dan amanat penting kepada seluruh Ketua Kampung dan JKKK. Dalam ucapannya beliau banya menyetuh kronologi krisis negeri Perak dan perkembangan terkini politik negeri Perak. Beliau juga mengajak seluruh Ketua Kg dan JKKK berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat bagi menuntut supaya DUN dibubarkan.

Manakala YB Zainuddin dan YB Nga Khor Ming yang turut menyampaikan ucapan menegaskan bahawa notis penamatan khidmat Ketua-ketua Kampung yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah adalah tidak sah kerana bercanggah dengan peraturan-peraturan perlantikan Ketua-ketua kampung yang diguna pakai oleh kerajaan PR.

Mereka dipilih melalui pilihanraya dan setelah dipilih dan diberi watikah perlantikan oleh Kerajaan Negeri, mereka akan berkhidmat selama dua tahun. Ketua-ketua Kampung yang telah dipilih dan diberi watikah tidak boleh ditamatkan perkhidmatan mereka semata-mata bertukar kerajaan.

Turut berucap dalam perhimpunan tersebut ialah Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj Osman, Pengerusi Perhubungan PKR negeri Perak dan En. Ridzuan Asid, Ketua Kampung Sg. Ati juga turut berucap mewakili seluruh Ketua-ketua Kampung negeri Perak.

Perhimpunan Ketua-ketua Kampung telah menerima 6 ketetapan dan resolosi untuk dilaksanakan dan bersetuju melantik Jawatankuasa Bertindak bagi melaksnakan 6 resolusi tersebut.

http://misabah.blogspot.com/

……………………………………………………………………………………………………………………………………

bantahan2

RESOLUSI PERHIMPUNAN KETUA-KETUA KAMPUNG NEGERI PERAK

05 JAMADIL AWAL 1430/30 APRIL 2009

1. BERSETUJU MEMBENTUK JAWATANKUASA BERTINDAK KETUA-KETUA KAMPUNG SELURUH PERAK BAGI MENGGERAKKAN KEMPEN MENENTANG PEMECATAN KETUA KAMPUNG OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL NEGERI PERAK.

2. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENYERAHKAN MEMORUNDUM KEPADA KERAJAAN BN MENUNTUT MENGEKALKAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MENGEKALKAN JKKK SEHINGGA TEMPOH PERKHIDMATAN TAMAT.

3. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT AKAN MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMECATAN KETUA-KETUA KAMPUNG & PEMBUBARAN JKKK.

4. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT SELURUH KETUA-KETUA KAMPUNG DAN JKKK MENERUSKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT WALAUPUN TIDAK DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN BN.

5. BERSETUJU DAN BERSEPAKAT UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KERAJAAN BN YANG MENAMATKAN PERKHIDMATAN KETUA-KETUA KAMPUNG DAN MEMBUBARKAN JKKK SEBELUM TEMPOH PERKHIDAMATAN TAMAT.

6. BERSEPAKAT MENUNTUT SUPAYA KEMELUT DAN KRISIS POLITIK NEGERI PERAK DISELESAIKAN MELALUI PEMBUBARAN DUN BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT MEMILIH SEMULA KERAJAAN BARU NEGERI PERAK.

公正党雨中公祭阿旦为她讨公道 总警长澄清讲座禁谈法庭审讯案

公正党雨中公祭阿旦为她讨公道
总警长澄清讲座禁谈法庭审讯案

李伟伦与郭史光庆 | 4月2日 傍晚5点34分

04709f78c2b3ed5ee64f2e1e190c88c4虽然内政部禁止政治演讲触及蒙古女郎案件,但是人民公正党助选团今日继续打“阿旦杜亚牌”,甚至在武吉干当为这名客死异乡的蒙古女郎举办清明公祭。不过他们全程没有提及候任首相纳吉,只是声称要提醒国人,一名魂断大马的?外国人至今还未讨回公道。

让助选团与记者感到诡异的是,原本烈日炎炎,却在公祭仪式就要开始时突然转阴,然后下起小雨来,大家被迫撑伞在雨中进行公祭;但是当仪式结束,助选团正要召开记者会时,雨就突然止住了。

否认公祭旨在拉票或宣传

04709f78c2b3ed5ee64f2e1e190c88c41只有少过10名助选员参与公祭仪式,包括民联原任行政议员戴成银、其政治秘书刘德海、迪遮州议员郑立慷,以及积莪营选区协调员陈家兴。郑立慷强调,这并非一场宣传或拉票活动,因此该党没有劳师动众。

他们在新板美乐花园对面的空地上,插上一副阿旦杜亚的黑白照,然后就开始进行公祭仪式,戴成银与郑立慷分别担任主副祭,刘德海则颂读祭文。除了上香之外,他们还准备了各种祭品,包括水果、矿泉水、冥钞、冥衣,以及纸扎首饰。

阿旦杜亚祭文全文如下:

“ 此祭,阿旦杜亚沙里布。自古红颜多薄命;你来到世间;匆匆20余载;原本可以顺利度过的人生;却因为来到大马而失生。是谁,往你身上送了两枪;是谁,在你 身上布置炸药;是谁,在幕后指使这一切;今天,凶手仍然法外逍遥;今天,凶手仍然幕后隐藏。悲……哀…..悲你红颜,被辣手摧花;悲我国度,无法偿你公 道。你在蒙古的孩子;失去妈妈的慈爱;肚中的一块骨肉;也随你离开人间。是大马,让你失生;让大马,还你公道;你的冤情,我们要真相还原。尘归尘,土归 土;清明时节,给你祭奠;愿你往生极乐国土。此祭。”

受询及选择在竞选期间为阿旦杜亚进行公祭,是否有靠死者拉票之嫌时,戴成银在记者会上表示,他们是基于目前是清明节,才祭拜在大马没有亲人的阿旦杜亚,并非因为目前是竞选期。

不排除每场补选都办公祭

031郑立慷指出,除了追思阿旦杜亚,更重要的是提醒国人,凶手至今仍逍遥法外,而且整个炸尸案的审讯不透明,疑点处处。

“我们不排除每场补选(都这么做),只要阿旦杜亚一天得不到公道,我们就会继续提醒国人。”

至于此举是否触犯警方日前禁止政党触及阿旦杜亚案件的指示,郑立慷回应说,禁令只限于政治讲座,与公祭仪式无关,不过该党已表明立场,不会遵守有关的禁令。

慕沙哈山:霹警方误传讯息

musa hassan police igp pc 250607 stern另一方面,全国总警长慕沙哈山(右图)也澄清,太平警区主任在政治讲座准证申请,列明演讲者不准触及蒙古女郎案件的新条例,已犯下错误。

他澄清,警方并非只针对一宗蒙古女郎炸尸案,仅是不准演讲者触及任何已被带上法庭审讯的课题,

慕沙哈山今午在武吉干当临时警察总部召开记者会上,归咎霹州警方误传讯息,以致外界以为警方特别针对炸尸案。

“这是州警方的失误,我们并没有特别指明是哪一宗案件。反之,只要详阅我发出的文告就知道,我们不能触及任何在审讯中的案件”。

慕沙初时还纠正记者,指禁令是针对所有法庭案件,并非只是炸尸案;不过,当记者提醒他,霹州警方是以白纸黑字的方式,列明讲座不能触及炸尸案时,慕沙哈山才改口说,此案也算是法庭案件之一。

他也强调,禁令并非警方的新“条规”,只是新的讲座准证申请“条件”,因为若反对党在讲座上触及法庭案件,等于质疑我国的司法机构,算是触犯煽动法令。

“阿旦杜亚或是他们亲戚”

针对公正党举办追悼会公祭阿旦杜亚一事,慕沙哈山(右图)揶揄说,“如果他们要凭吊,就让他们去……阿旦杜亚可能是他们的亲戚,谁知道”。

他表示,只要公正党没在公祭仪式上演讲就没问题,否则警方将毫不犹豫采取对付行动。

乡区政治讲座只能到11点

至于回教党指乡区的政治讲座只能进行至晚上11点,国阵霹州大臣赞比里却指不知情一事,慕沙证实这项限制的确生效,警方将对付超时的讲座。

不过,根据《当今大马》数日来的观察,朝野在乡区举办的晚间讲座都进行至午夜12点,在场监视的警方也无动于衷。

此外,慕沙说,迄今为止,警方在武吉干当补选共接获6宗投报,但都属于轻微罪行,没涉及严重的暴力行为。

Kerajaan Pakatan Rakyat terus berjasa kepada rakyat

Kerajaan Pakatan Rakyat terus berjasa kepada rakyat

Menteri Besar Perak Ir Mohd Nizar dan YB Tai meyampaikan sumbangan kepada orang kurang upaya di Kampung Matang Gelugur pada 15 Mac 2009

Menghadiri jemputan perkahwianan

Menghadiri jemputan perkahwianan
YB Tai menjamu selera pada majlis perkahwinan di Kampung Matang Gelugur pada 15 Mac 2009

Teruskan Bantuan

Teruskan Bantuan
Walaupun Perak sekarang berhadapan dengan kemelut politik, namun YB Tai tetap menghulurkan bantuan kepada yang layak dan memerlukan di Teluk Kertang

UMNO Sebenarnya Penderhaka Kepada Raja-Raja Melayu

UMNO Sebenarnya Penderhaka Kepada Raja-Raja Melayu

PERLEMBAGAAN NEGERI AMAT JELAS PERAK TIDAK PERLU DUA MB

Perkara 16(6) – Sistem Raja Berperlembagan , Sultan hanya ada kuasa untuk melucutkan Jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri ( exco) Tidak Menteri Besar.

Menteri Besar boleh di lucutkan jawatan melalui

Pembubaran Dewan Undangan Negeri

Undi tidak percaya kepada Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan atau

Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

Dengan Ini Maka YAB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin MB yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang ke 12 lalu masih kekal sebagai MB yang sah di Negeri Perak.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Kuala Sepetang

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Kuala Sepetang

Lebih 1500 tetamu hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ADUN Kuala Sepetang

MB Perak turut hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina ADUN Kuala Sepetang


YB Tai meyampaikan ang pau kenapa kanak-kanak Kuala Sepetang

Program Cemerlang UPSR

Program Cemerlang UPSR
YB Tai meyampaikan penghargaan kepada murid-murid cemerlang UPSR seluruh DUN Kuala Sepetang

Ziarah Rakyat

Ziarah Rakyat
YB Yai melawat En Yusof di Taman Berkat

Geran kampung baru, Jus Soli dan kemahiran berbohong Umno

SENTIMEN kaum dan agama nampaknya terus dimainkan Umno bagi kembali meraih sokongan masyarakat Melayu negara ini.

Lebih memualkan lagi apabila tiupan semangat tebal perkauman dan agama itu disulami dengan pendustaan dan pembohongan tanpa henti; seolah-olah soal moral, etika dan akhlak tidak ada dalam kamus para pemimpin Umno.

Lihat sahajalah isu penganugerahan geran hak milik kekal kepada para penduduk kampung baru di Perak yang dijadikan modal politik Umno negeri.

Dan bagi lebih menarik simpati, titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di ibu kota, 16 Januari lalu cuba diputarbelitkan Umno untuk menggambarkan kononnya pihak istana Perak juga tidak memperkenankan tindakan itu.

Isu ini berbangkit apabila kerajaan negeri mengambil langkah mengurniakan geran hak milik kekal kepada kampung baru dan kampung tersusun.

Program membabitkan 149,000 lot tanah itu cuba dipolitikkan Umno negeri kerana kononnya ia memberi kelebihan kepada penduduk Cina yang duduk di kampung baru. Penganugerahan hak milik kekal ini juga disifatkan sebagai “menggadaikan maruah bangsa dan agama” oleh seorang Menteri Umno. Malah Menteri Besar Perak dianggap menuruti telunjuk DAP kerana sanggup menganugerahkan geran hak milik selama 999 tahun kepada penduduk Cina kampung baru dan hanya 99 tahun kepada penduduk Melayu di kampung tersusun.

Malah Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) yang ditunggangi Umno, Datuk Seri Hilmi Ismail mendesak Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana gagal menjadi ‘dahan’ kekuatan orang Melayu dan sanggup menggadai maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.

Begitulah bersemangatnya pemimpin Umno dalam “membela orang Melayu” sehingga menganggap pemberian lot tanah kediaman kepada kaum Tionghua yang telah menetap puluhan tahun di kampung baru sebagai “menggadai hak Melayu”.

Apa yang gagal diceritakan pemimpin Umno negeri kepada umum adalah selain 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India), kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!

Adakah keputusan memberikan hak milik kekal kepada kampung tersusun ini juga boleh dianggap sebagai “mengkhianati hak Melayu”?

Nizar ketika menjelaskan isu ini berkata, penganugerahan hak milik tanah kepada 47,000 penduduk kampung baru hanya membabitkan 3,000 ekar (1,200 hektar) tanah sedangkan ketika Perak di bawah penguasaan BN, lebih banyak tanah negeri itu telah tergadai kepada orang bukan Melayu.

Antaranya penganugerahan lebih 10,000 ekar tanah kepada MCA untuk membina kampus Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

Dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kampung baru turut dinafikan Menteri Besar, tetapi terus dicanangkan ’sebagai betul’ oleh pemimpin Umno negeri.

Cubaan memutarbelitkan titah ucapan Dr Raja Nazrin berhubung teguran raja-raja Melayu terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu juga sebenarnya ‘menampar muka’ Umno.

Teguran Raja-raja Melayu yang dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950 itu sebenarnya merujuk kepada Rancangan Briggs yang dilancarkan Sir Henry Gurney ketika era darurat di Malaya (1948-1960).

Ketika ghairah menimbulkan satu episod dalam sejarah negara, pemimpin Umno tidak langsung mahu membicarakan episod yang lebih penting daripada Rancangan Briggs iaitu sokongan Umno terhadap prinsip kerakyatan Jus Soli yang diperkenalkan British.

Jika rancangan Briggs sekadar memindahkan masyarakat Cina yang duduk di pinggir-pinggir hutan ke satu perkampungan tersusun yang dikenali sebagai kampung baru (untuk mengelak mereka dipengaruhi anasir komunis); Umno melalui sokongannya terhadap Jus Soli bersetuju memberi hak kerakyatan kepada pendatang India dan Cina ke Tanah Melayu.

Dan adakah bantahan Umno terhadap pemberian hak milik kepada penduduk kampung baru membawa erti bahawa Umno bersetuju memberikan hak kerakyatan kepada penduduk Cina dan India tetapi tidak bersedia untuk mereka diberikan tapak rumah kediaman?

Dan jika penduduk kampung baru tidak layak diberikan geran hak milik untuk tapak kediaman semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, mengapakah kerajaan BN pimpinan Umno sanggup memberi peluang kepada rakyat Singapura yang majoritinya berbangsa Cina membeli hartanah di negara ini termasuk di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang terletak di selatan Johor - negeri paling kuat pengaruh Umno dalam dunia?

Umno juga perlu menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung hak milik tanah termasuk penganugerahan puluhan ribu hektar tanah kepada taikun-taikun Cina oleh kerajaan BN pimpinan Umno antaranya Vincent Tan dan Lim Goh Tong.

Umno juga tidak harus melupakan nasib malang yang menimpa orang Melayu di Kerpan, Kedah; Pantai Kundor dan Pantai Tanah Merah, Melaka dan beberapa negeri lain yang dihalau keluar daripada tanah tumpah darah mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada projek-projek mega kerajaan BN.

Jenayah Umno terhadap Melayu sebenarnya terlalu banyak untuk diungkit. Ia tidak melayakkan parti itu untuk mendabik dada sebagai “pembela maruah Melayu”.

Apa yang boleh ‘dibangga’ dengan Umno cumalah kemahiran untuk berbohong dan memainkan sentimen bangsa dan agama bagi satu tujuan - mengekalkan kuasa!


Lawatan YB Tai ke Kampung Jelapang

Program Berkhatan

Program Berkhatan
Peserta khatan dimandikan dengan pancuran bomba

Program Berkhatan

Program Berkhatan
Proram berkhatan anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Sepetang di Kampung Hujung Matang

Gotong Royong Kuala Sepetang

Gotong Royong Kuala Sepetang
YB Tai, YB Roslan bersama penduduk Pekan Kuala Sepetang bergotong royong membersihkan sekitar kediaman mereka

Cita-cita saya

Menjadikan Kuala Sepetang sebagai destinasi pelancungan.

Membawa pelabur berteknologi ke Kawasan Perindustrian Kamunting.

Mengujudkan Industri pemprosesan buah-buahan tempatan seterusnya menjamin pendapatan yang stabil kepada pemilik dusun.

Menyelesaikan kes kampung-kampung setinggan sebelum 2010.

Mengujudkan program latihan kepada golongan belia untuk mencipta kerjaya.

Pada 1 Nov 2008, Kumpulan Lion telah meyumbangkan 120 buah bag sekolah untuk anak-anak miskin sekitar Parlimen Taiping dan Bukit Gantang, Sebanyak 40 buah bag telah diperuntukkan kepada DUN Kuala Sepetang.

Berita Bajet 2009

Sebanyak 4,428 rakyat berpendapatan kurang RM700 menerima bekalan air percuma RM10 sebulan.

Seribu hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan secara komersial

RM6 juta untuk dermasiswa rakyat RM1,000 seorang ke IPTA.

RM 4.9 juta untuk pendidikan Islam - elaun guru/Penyelia KAFA, Tadika Islam dan bantuan per kapita SAR.

RM1 Juta untuk Takaful Kifalah kepada kematian warga emas berusia 65 tahun ke atas.

RM4.88 juta untuk kenaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan SU JKKK RM200.

RM2 juta untuk Tabung Khas Kebajikan Rakyat - membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang susah.

RM1 juta untuk Tabung Pinjaman Peniaga Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal/peniaga kecil.

RM2 Juta untuk Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi aktiviti kebudayaan, keagamaan dan pendidikan.

Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam di setiap daerah dinaikkan dari RM30 ribu ke RM50 ribu.

Meluluskan 138 RPT untuk setinggan seluas 4,299 ekar yang boleh menempatkan 34,392 lot rumah.

RM60 juta untuk JKR melaksanakan pelbagai projek baru.

RM8.9juta untuk JPS bagi rancangan tebatan banjir.

Peruntukan EXCO dinaikkan dari RM100 ribu ke RM150 ribu setahun.

Peruntukan ADUN dinaikkan dari RM150 ribu ke RM200 ribu setahun

Menarik di kuala sepetang

Menarik di kuala sepetang